NILAI, 14 Jun - Uji bakat Bintang Klasik 2025 menjadi platform mengcungkil bakat baharu khususnya bagi pencinta lagu-lagu malar segar.
Ia sekali gus mengetengahkan bakat golongan muda untuk meneruskan warisan irama klasik di negara ini.

Penolong Pengurus Radio Klasik, Maszuita Maamin berkata, uji bakat tahun ini turut diadakan di peringkat negeri dan zon.
Jelasnya, peserta seterusnya akan disaring ke peringkat suku akhir dan separuh akhir.
Seramai enam peserta akan berentap ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 27 September depan.
"Sebelum ni kita buat uji bakat di zon-zon sahaja, namun kali ini kita lebih sasarkan di zon dan negeri-negeri.
"Kita harap dapat cungkil bakat yang lebih menjurus di kalangan golongan muda. Sebelum ini sasaran kepada mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun, tetapi tahun ini kita sasar sehingga mereka yang berumur 35 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Uji bakat Bintang Klasik 2025 di Aeon Mall, di sini, hari ini.