fb fb fb fb fb

Maher Zain kembali ke Asia Tenggara menerusi siri Konsert Southeast Tour 2025

Maher Zain / Foto RTM

PETALING JAYA, 14 Jun - Maher Zain kembali ke Asia Tenggara menerusi siri Konsert Southeast Tour 2025, enam tahun selepas jelajah terakhirnya di Malaysia.

Dikenali dengan muzik yang menyentuh jiwa dan mesej bertemakan keimanan, Maher bakal menghiburkan peminat di 3 buah konsert iaitu di Kuala Lumpur pada 16 Ogos, Singapura pada 21 Ogos dan Kota Kinabalu 23 Ogos.

Wakil Barisan Pengurusan Kanan Yayasan Tengku Abdullah Dr. Mohd Afiq Farhan Md Hanif berkata Maher mempunyai aura tersendiri yang memikat hati negara ini.

"Kita nampak Maher Zain ini ada aura dia tersendiri dan pembawakan dia dari segi lagu-lagu dia yang memang terkenal di di negara kita dengan mesej-mesej sangat jelas yang berunsur islamik." katanya.

Penyanyi antarabangsa itu turut teruja dengan siri konsert jelajah kali ini.

"Saya sangat teruja, sudah enam tahun saya tidak ke sana! Sebagai seorang artis, saya hadir dengan semangat baru dan lagu-lagu baharu. InsyaAllah, kita akan luangkan masa yang indah bersama.

"Muzik dan lirik saya mencerminkan hakikat bahawa Islam sentiasa segar dan relevan sepanjang zaman. Islam bermula pada satu titik dalam sejarah, namun mesejnya bersifat abadi dan tidak akan pernah berakhir." katanya dalam talian menerusi sidang media.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ