KUALA LUMPUR, 18 Mac- Kumpulan rock legenda dari Amerika Syarikat, Toto bakal mengadakan konsert Jelajah Toto Dogz of Oz Tour di Arena of Stars, Genting Highlands pada 1 Mei depan.
Kumpulan yang pernah popular dengan lagu-lagu seperti “Africa”, “Rosanna”, “I’ll Be Over You”, “Hold The Line” akan menghiburkan peminat-peminat di Malaysia.
Dalam konsert jelajah itu kumpulan berkenaan dianggotai Steve Lukather (gitar, penyanyi) dan Joseph Williams (penyanyi) akan turut disertai Greg Phillinganes (keyboard, penyanyi), Shannon Forrest (dram), John Pierce (bass), Warren Ham (seksofon, perkusi, penyanyi) dan Dennis Atlas (keyboard, penyanyi).
Tiket konsert berkenaan akan dijual bermula 21 Mac ini pukul 12 tengah hari secara dalam talian.
Tiket berkenaan dijual pada harga RM188 (PS4) hingga RM988 (VIP) dan (tertakluk kepada caj pemprosesan RM4).