(Foto Instagram @taylorswift)
AMERIKA SYARIKAT, 10 Disember- Bintang pop terkenal, Taylor Swift dilapor akan mengarah filem sulungnya di bawah naungan studio Searchlight Pictures, tahun depan.
Bagaimanapun, butiran karya itu termasuk plot atau genre tidak disediakan lagi.
Presiden Searchlight, David Greenbaum dan Matthew Greenfield berkata, kerjasama bersama Swift merupakan peluang berharga bagi syarikat itu.
"Adalah satu kegembiraan dan keistimewaan bagi Searchlight Pictures kerana dapat bersama dengan Swift dalam langkah pertamanya ke dunia pengarahan filem," katanya di sini.
Tahun lalu, Swift menulis dan mengarahkan filem pendek berdurasi 15 minit berjudul "All Too Well," yang juga digunakan sebagai muzik videonya.
Swift yang menulis, menerbit, mengarah dan menyanyi sendiri lagunya memulakan karier pada usia 15 tahun.
Penyanyi berusia 32 tahun itu juga merangkul 11 Anugerah Grammy dalam pelbagai kategori dengan tiga daripadanya menerusi kategori Album Terbaik. -AFP
(Foto Instagram @taylorswift)