KUALA LUMPUR, 12 April- Persediaan skuad terjun negara ke Hanoi hampir sempurna, malah semua atletnya juga sudah bersedia sepenuhnya.
Menurut Pengurus Pasukan, Datuk Leong Mun Yee, satu kejohanan tempatan akan berlangsung minggu depan sebagai pelengkap kepada persiapan mereka.
"Setakat ini persiapan yang dibuat sangat baik dan berjalan dengan lancar. Pada minggu hadapan kami akan mengadakan satu lagi pertandingan di Ipoh."
Beliau menyatakan perkara itu semasa menerima lawatan dari ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
(Pengurus Pasukan Skuad Renang, Datuk Leong Mun Yee)
Datuk Mun Yee yang juga merupakan bekas penerjun negara turut memaklumkan, beberapa atlet negara mengalami kecederaan ringan, namun ia tidak mengganggu persiapan ke Hanoi.
Dalam masa sama, beliau enggan terlalu memberi tekanan kepada atlet selepas diletakkan harapan untuk menyapu bersih 8 pingat emas.
Harapannya agar mereka turun beraksi seperti biasa dan pamerkan persmbahan terbaik masing-masing.