fb fb fb fb fb

Sukan SEA Hanoi: Skuad gimnastik berirama yakin rangkul dua emas

(Pengurus skuad gimnastik berirama negara, Toh Ai Lee dalam sidang media di ibu negara) 

KUALA LUMPUR, 6 April - Kontinjen gimnastik berirama negara optimis merangkul dua pingat emas keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi yang akan berlangsung Mei ini.

Pengurusnya, Toh Ai Lee menyatakan pada temasya kali ini hanya dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu individu dan berkumpulan.

Seramai sembilan orang gimnas yang akan mewakili negara dalam acara berkenaan iaitu tiga kategori individu dan enam kategori kumpulan.

"Memang kita sasarkan dua pingat emas, sebab kali ini hanya dua pingat yang ditawarkan berbanding Sukan SEA 2009 dengan enam pingat emas, jadi memang ada perbezaan," kata beliau dalam satu sidang media khas, di sini.


(Foto fail)

Tambah Toh, kesemua gimnas akan berdepan beberapa perlawanan bagi mempersiapkan diri sebelum ke temasya tersebut.

Selain itu, pasukannya tidak dapat mengkaji kelemahan dan kemampuan pasukan lawan disebabkan penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan seluruh negara.

Media Baharu