fb fb fb fb fb

Koeman kembali bimbing skuad kebangsaan Belanda

AMSTERDAM, 6 April - Bekas pengendali Barcelona, Ronald Koeman bakal kembali membimbing skuad kebangsaan Belanda.

Koeman akan menggantikan tempat Louis van Gaal selepas tamat kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ini merupakan kali kedua jurulatih itu diberi kepercayaan untuk mengendalikan skuad The Oranje.

Beliau merupakan watak penting ketika membawa pasukan itu muncul naib juara Liga Negara-Negara UEFA bagi musim 2018/2019 selain ketika melayakkan diri ke saingan Euro 2020.


(Skuad kebangsaan Belanda/Foto fail)

Koeman dan Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) turut memuat naik kenyataan mengenai perkara itu di laman media sosial masing-masing.

Menurut KNVB, pengendali itu telah menandatangani kontrak sehingga Piala Dunia 2026.

Terdahulu, van Gaal dalam satu temu bual mengakui, sedang menghidapi kanser prostat sejak tahun 2020.

Namun, beliau masih ingin kekal membimbing pasukan Belanda untuk mengharungi kempen Piala Dunia 2022 di Qatar.

Media Baharu