fb fb fb fb fb

Sukan SEA edisi ke-31: BAM pertaruh pemain remaja, pelapis ke Hanoi

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Menjelang Sukan Sea Hanoi 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 12 Mei sehingga 23 Mei ini.

Persatuan Badminton Malaysia, BAM akui terpaksa mempertaruhkan barisan muda untuk membawa cabaran ke temasya terbesar rantau Asia Tenggara itu.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, perjuangan kem negara akan menggabungkan kombinasi pemain remaja dan pelapis.

"Kami memberi cadangan untuk Sukan Sea.. pemain pelapis dan juga ada beberapa pemain daripada 'junior skuad'. Ini adalah kerana tahun ini kebetulan Piala Thomas dan Uber dianjurkan pada bulan Mei agak hampir dengan Sukan Sea, maka fokus kami sudah pasti Piala Thomas dan Uber tetapi Sukan Sea ini pun agak penting, jadi kita akan hantar pemain pemain yang saya yakin akan beri yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma MOM siang tadi.


(Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh)

Sementara itu mengulas berkenaan kemampuan pemain muda bagi mempertahankan tiga emas yang dirangkul pada edisi lalu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Wong Choong Hann percaya mereka mampu melakar kejutan.

"Memang jika diberikan pilihan tanpa memilih Thomas atau Uber, kita boleh pamerkan lebih kuat lagi tapi dengan keutamaan kali ini kepada Thomas/ Uber kita kena namakan barisan ini. Namun tidak maksud mereka tidak kuat kerana memang banyak negara juga akan buat pilihan ini, jadi kita percaya mereka mampu buat persembahan yang memuaskan dan mengejutkan," kata Choong Hann.


(Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Wong Choong Hann)

Kem negara akan dibarisi 10 atlet lelaki dan 10 atlet wanita yang disenaraikan dalam kategori A.

Media Baharu