fb fb fb fb fb

Solidariti untuk Palestin, peka situasi di Gaza sebelum muat naik hantaran

Pelakon Que Haidar

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- 'Peka dan empati dengan nasib menimpa rakyat Palestin.'

Pelakon Que Haidar menyeru masyarakat agar lebih sensitif dengan situasi yang berlaku di Gaza terutama ketika memuat naik sebarang hantaran di media sosial.

"Sepatutnya semua orang perlu ada soalan dekat diri sendiri. Bila kita tengok apa yang jadi di sana (Palestin). Satu lagi saya hendak pesan, pada kawan-kawan yang ada media sosial, kita tolong jangan tunjuk hantaran momen-momen gembira kita, makanan kita, sebab saya ada kawan dekat al-Quds, Syeikh Yusof, hampir setiap malam saya live dengan dia, bertanya khabar, dia bercerita dengan saya dekat sana. Dia kata dia boleh tengok orang tunjuk hantaran makanan, gembira seperti tiada yang terjadi dekat Palestin.

"Apa yang jadi dekat Palestin bukan sahaja menghina rakyat Palestin, dia menghina bukan sahaja menghina agama Islam, dia menghina kemanusiaan", katanya ketika ditemui RTM.

ROSLINA BINTI DIN