fb fb fb fb fb

Bintang 'Friends', Matthew Perry meninggal dunia

Matthew Perry / AFP

LOS ANGELES, 29 Oktober- Salah seorang bintang sitkom Tv popularm 'Friends' Matthew Perry, ditemui mati di rumahnya pada Sabtu, lapor media AS. Dia berumur 54 tahun.

Sumber memberitahu Los Angeles Times bahawa Perry ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi di rumahnya di Los Angeles.

Pasukan kecemasan yang dikejarkan ke rumahnya mengesahkan pelakon itu sudah meninggal dunia.

LA Times dan TMZ melaporkan tidak ada tanda-tanda 'foul play' di lokasi kejadian, memetik sumber tanpa nama.

TMZ turut melaporkan tiada dadah ditemui di tempat kejadian.

Perry terkenal dengan watak Chandler Bing dalam siri 'Friends' yang sangat popular di NBC.

Sitkom tersebut berisaran selama 10 musim dari 1994 hingga 2004.

Perry dilaporkan melawan ketagihan terhadap ubat tahan sakit dan alkohol selama bertahun-tahun dan telah beberapa kali menghadiri klinik pemulihan ketagihan.

Semasa perjumpaan semula 'Friends' yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Perry mengejutkan rakan-rakan pelakonnya apabila mengakui diserang 'anxiety' yang teruk setiap malam semasa penggambaran.

Selain 'Friends', Perry turut membintangi filem seperti 'Fools Rush In' dan 'The Whole Nine Yards.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE