fb fb fb fb fb

Siti Nurhaliza terima dua anugerah dalam The Knights Award

Datuk Seri Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Penganjuran Anugerah berprestij The Knights Award memberi peluang kepada usahawan-usahawan di seluruh Asia yang berjaya mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing menerima anugerah itu selain memartabatkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dan inovasi global.

Presidennya, Dr. Zyro Wong berkata, ia merupakan pengiktirafan hasil kecemerlangan dalam tiga kategori utama anugerah tersebut iaitu Duke, Earl dan Baron.

"Ini merupakan saluran yang sangat baik kerana mendapat penyertaan dari 10 negara dan kami menjadikannya acara ini sangat berprestij.

"Jadi kira-kira 45 pemenang pusingan ini mempunyai kredibiliti tersendiri selain mencipta nama di seluruh Asia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk David Arumugam (The Alleycats) dan Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) Tan Sri Nor Hisham Abdullah," katanya kepada dalam majlis The Knights Award 2023 Edisi Asia di ibu negara.

Dalam majlis itu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah bagi kategori Duke untuk individu dan Earl bagi produk SimplySiti.

"Ini adalah anugerah istimewa kepada saya. Allah berikan suara ini supaya saya dapat berjumpa peminat daripada pelbagai golongan dan latar belakang serta saya dapat buat kebajikan kepada semua," katanya.

Sementara itu Pengerusi IJN Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut dianugerahkan 'The Guardian of Public Health COVID-19 Response Icon' bagi menghargai jasa dan perjuangan beliau ketika negara berdepan pandemik.

Selain itu, penerima anugerah juga terdiri dari syarikat korporat, selebriti Asia dan ikon tempatan antaranya Bernama TV, Jaspers Lai dari Singapura, Marcelito Pomoy dari Filipina dan Harith Iskandar.

Seramai 45 individu dan syarikat diberikan penganugerahan dalam majlis itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI