ABU DHABI, 7 Mac- Dua atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohd Latif dan Khairulnizam bin Mohd Afendy melakar pencapaian cemerlang di Kejohanan Pelayaran Asia 2022 apabila masing-masing meraih pingat emas dan perak.
Pada kejohanan yang berlangsung di Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu itu, Nur Shazrin meraih pingat Emas dalam kategori Laser Radial ILCA6 selepas menewaskan Nethra Kumanan dari India dan Nancy Highfield dari Hong Kong.
Khairulnizam juga turut tidak mengecewakan apabila meraih pingat Perak bagi kategori Laser Standard ILCA7.
Dia menamatkan saingan di kedudukan kedua dibelakang Vishnu Saravanan dari India.
Kejohanan Pelayaran Asia 2022 ini bermula pada 27 Februari dan berakhir semalam.
(Nur Shazrin Mohd Latif dan Khairulnizam bin Mohd Afendy bersama staff pasukan)