fb fb fb fb fb

Sharifah Sakinah buka gim di Singapura

Sharifah Sakinah

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Pelakon, Sharifah Sakinah yang terkenal mengamalkan gaya hidup sihat; menjadi jurulatih secara dalam talian untuk golongan wanita bersenam.

Kini pelakon berkenaan melangkah ke hadapan dengan membuka gim secara fizikal di Singapura.

Sharifah Sakinah berkata beliau terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur-Singapura untuk menguruskan perniagaannya itu.

"Raya tahun ini macam biasa, saya hanya rasa satu hari saja...untuk jumpa dengan keluarga.

"Hari kedua saya sudah kembali menguruskan perniagaan, sebab sangat sibuk.

"Cuma sekarang kita buat fizikal, tapi dekat Kuala Lumpur dah banyak, dekat Singapura tidak banyak untuk hijabis. Jadi kita buat di situ," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, beliau masih aktif bergiat dalam bidang lakonan, walaupun sedang sibuk menguruskan gim yang bakal dirasmikan pada Julai ini.

Sharifah Sakinah kini terlibat dengan penggambaran filem Baran.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM