KUALA LUMPUR, 3 Mei- Bekas ketua kumpulan K-pop, iKON, Kim Han-bin atau nama pentasnya, B.I akan mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia pada 30 Jun ini (Ahad).
Konsert "B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur" itu bakal menemui "fandom" atau peminatnya yang digelar "ID" di Mega Star Arena di sini.
Tiket konsert akan mula dijual esok bermula pukul 12.00 tengah hari menerusi www.ticketingtix.com.
Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan:
HYPE ZON – RM788
Menonton B.I melakukan "soundcheck", 700 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi, 700 peminat berpeluang HiTouch dengan B.I, 60 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat album B.I yang bertandatangan, poster rasmi.
UP ZON – RM688
150 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan, setiap sesi 20 orang, 150 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat merchandise B.I yang bertandatangan, poster rasmi.
BE ZON – RM538
20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, poster rasmi.
IDENTITY ZON – RM338
Poster rasmi.
Sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.
Susun atur konsert dan butiran tiket mengikut kategori
B.I menjadi terkenal sebagai bekas ketua kumpulan iKON sebelum muncul semula sebagai penyanyi solo pada tahun 2021 di bawah label 131, yang turut diasaskannya, dengan album single "Midnight Blue (Love Streaming)", kemudian dia juga menyalurkan sumbangan kepada World Vision untuk menyokong kanak-kanak dalam krisis.
Dengan dua album studio (“Waterfall” dan “To Die For”) dan empat EP (“Cosmos”, “Love or Loved Part.1”, “Love or Loved Part.2” dan “Tadaima”) dan diikuti dengan tour dari Asia ke Eropah sehingga dia menjadi sebahagian daripada barisan pemuzik utama untuk festival muzik Lollapalooza dan francais Rolling Loud.
B.I juga telah bekerjasama dengan pelbagai artis dalam lagunya, termasuk Destiny Rogers dan Tyla Yaweh pada "Got It Like That"; Bipolar Sunshine dan Afgan untuk "Lost at Sea (Illa Illa 2)"; Jessi untuk lagu "Die for Love", serta Soulja Boy dan DeVita menerusi lagu "BTBT", yang dinobatkan sebagai salah satu Lagu K-pop Terbaik 2022 oleh majalah Time.
Dia juga dikenali sebagai penulis lagu dan penerbit, B.I ialah ahli Persatuan Hak Cipta Muzik Korea dengan lebih daripada 100 lagu didaftarkan di bawah namanya, yang kreditnya termasuk Blackpink dan Psy, antara nama besar lain dalam K-pop.