fb fb fb fb fb

Salam Baitullah edisi 16, tampilkan kelainan bersama penonton

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman/Foto RTM

PUTRAJAYA, 2 Jun- Salam Baitullah "Kemuncak Ibadah, Satu Ibrah" mula menemui penonton menerusi Prelude Salam Baitullah tepat pada pukul 9.00 malam tadi (Ahad) di RTM.

Edisi ke-16 ini menyaksikan RTM bersiaran secara langsung dari Masjid Putra, Putrajaya dan menampilkan kelainan buat penonton.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, kelainan itu membolehkan penonton berinteraksi secara terus bersama panel jemputan di lokasi.

"Ramai penonton di Putrajaya datang menonton. Jadi mereka dapat merasai bagaimana satu produksi itu dibuat dan penting untuk kita bawa jenama RTM itu dan sudah tentu Salam Baitullah lebih dekat dengan penonton dan penyokong kita. Itu sangat penting," katanya di sini.

Salam Baitullah menampilkan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Fakhrul UNIC bersama para panel yang akan mengupas perjalanan jemaah haji di Mekah dan Madinah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD