fb fb fb fb fb

Saipol Bahari meninggal dunia

Allahyarham Penggiat teater tradisi warisan Kedah Tua, Mek Mulung Saipol Bahari Mohd Iman

ALOR SETAR, 24 Disember - Penggiat teater tradisi warisan Kedah Tua, Mek Mulung Saipol Bahari Mohd Iman meninggal dunia malam tadi, di sebuah pusat perubatan swasta di sini dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut abangnya Mohd Ridzwan Mohd Iman menerusi satu kenyataan di laman facebook, Pengerusi Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Kedah AKRAB itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.00 malam setelah dibawa untuk menerima rawatan.

Jenazah disolatkan di Masjid Derga Jalan Langgar dan dikebumikan selepas  solat zuhur  di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda .

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Suriati Abd Aziz, 44 tahun dan lima orang anak berusia antara 20 hingga 4 tahun

Allahyarham bersama-sama pasukannya yang baru pulang ke tanah air kira-kira dua minggu lalu, berjaya menjulang nama negara setelah Mek Mulung menerima pengiktirafan Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Yang Perlu Dilindungi oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) .

Pengiktirafan itu berlangsung di Kasane, Republik Botswana dari 4 hingga 9 Disember lalu.

Allahyarham bersama-sama 10 peserta mewakili negara melalui pasukan dikenali Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa gabungan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah, AKRAB dan Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus dari Jitra.

TETITIA YUSOFF