fb fb fb fb fb

Rosyam nafi terlibat skim pelaburan saham

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor menegaskan dirinya tidak terlibat atau menjalinkan kerjasama dengan mana-mana skim pelaburan saham.

Ia susulan gambarnya telah dipergunakan oleh banyak pihak yang menawarkan pelaburan berkenaan.

Menurut Rosyam, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai perkara itu.

"Ini yang saya bengang kenapa mereka menggunakan wajah saya untuk pelaburan saham.

"Ramai orang hantar mesej, betul ke saya terlibat dengan pelaburan saham.

"Ini adalah satu penipuan kepada masyarakat yang saya rasa tidak bermaruah.

"Laporan kepada MCMC telah dibuat dan jika masih berlarutan, saya akan membuat tindakan selanjutnya dengan laporan polis dan akan memanggil peguam untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Rosyam, orang awam dinasihat tidak mudah terpengaruh dengan penipuan itu dan sentiasa berhati-hati, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang mana terdapat pihak yang akan mengambil kesempatan.


(Foto Rosyam Nor)

Media Baharu