fb fb fb fb fb

'Barbie' terus kuasai kedudukan teratas 'box office' Amerika Utara

(Margot Robbie, pelakon utama 'Barbie'/AFP)

LOS ANGELES, 14 Ogos- Filem komedi fantasi Warner Bros Pictures, 'Barbie' kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat minggu keempat berturut-turut dengan kutipan tiga hari dianggarkan sebanyak AS$33.7 juta.

Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Exhibitor Relations yang didedahkan semalam.

Filem aksi langsung arahan pengarah wanita Amerika Syarikat, Greta Gerwig itu mengumpul sebanyak AS$526.3 juta di Amerika Utara hingga semalam, manakala meraih AS$1.2 bilion bagi kutipan di seluruh dunia.

Gerwig kini menjadi pengarah wanita solo pertama meraih lebih daripada AS$1 bilion, sekali gus pesaing kepada Jennifer Lee yang mengarah bersama Chris Buck bagi sekuel animasi Disney 'Frozen'.

'Barbie' menampilkan pelakon-pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling.

Drama biografi Universal Pictures 'Oppenheimer' arahan Christopher Nolan pula berada di tempat kedua dengan kutipan AS$18.8 juta pada minggu keempat tayangannya dan keseluruhan AS$264.3 juta.

Sementara itu, di tempat ketiga carta ialah filem animasi adiwira 'Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem' daripada Paramount memperoleh sebanyak AS$15.8 juta pada hujung minggu kedua tayangannya, dengan jumlah keseluruhan AS$72.8 juta.

Dalam pada itu, tujuh filem lain menjadi 10 teratas di Amerika Utara adalah 'Meg 2: The Trench' dengan kutipan sebanyak AS$12.7, diikuti 'The Last Voyage of the Demeter' (AS$6.5 juta), 'Haunted Mansion' (AS$5.6 juta), 'Talk to Me" (AS$5.1 juta), 'Sound of Freedom" (AS$4.8 juta), 'Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One" (AS$4.7 juta) dan 'Indiana Jones and the Dial of Destiny) (AS$900,000) -AFP

(Margot Robbie, pelakon utama 'Barbie'/AFP)

Media Baharu