fb fb fb fb fb

'Malaysia Pun Okey!' perkenal lokasi menarik dalam negara

KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan travelog terbaharu, bertajuk “Malaysia Pun Okey!” mula bersiaran pada 22 Ogos ini.

Rancangan terbaharu itu akan bersiaran menerusi saluran TV Okey, setiap Selasa sehingga Khamis, pukul 10.00 malam.

Bersiaran sebanyak 13 episod, program tersebut menampilkan hos Alif Muhaimin dengan menawarkan 13 lokasi berbeza.

Penonton akan dibawa mengembara sebagai ‘back packer’ ke seluruh Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta memberi tips perjalanan berguna untuk perkongsian semua.

Pemilihan lokasi travelog itu memperkenalkan tiga destinasi indah di Semenanjung Malaysia termasuk di Pulau Langkawi, Kedah, Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang iaitu meneroka keindahan Pulau Tioman.

Malaysia Pun Okey! turut menawarkan enam lokasi indah di Negeri Sabah di Bawah Bayu bermula dengan destinasi percutian di Tenom yang terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi.

Kepada penonton yang terlepas menyaksikan siarannya di TV, boleh juga menonton menerusi platform RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

(Alif Muhaimin)

Media Baharu