KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Lebih 8,000 peminat muzik bagi menyaksikan Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang menampilkan Tulus dan Juicy Luicy.
RIF mempersembahkan gabungan muzik dengan elemen inspirasi dan perkongsian kisah di sebalik karya-karya popular artis.
Festival itu bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya menjadi medan untuk menyemai semangat positif dan inspirasi melalui muzik.
Tulus mempersembahkan 17 buah lagu, termasuk lagu popular seperti Interaksi, Satu Kali, Jatuh Suka, Monokrom, Lagu Untuk Matahari, Sewindu, dan Teman Hidup, dengan genre pop dan jazz soul yang lembut serta sarat emosi.
Sementara itu, Juicy Luicy pula memulakan persembahan mereka dengan lagu-lagu seperti Malapetaka, Terlalu Tinggi, Bukan Orangnya, Tanpa Tergesa, Mawar Jingga, Hahaha, Asing, Sayangnya, Tanggung Jawab, Lampu Kuning, Lantas, Tampar, dan diakhiri dengan Sialan.