fb fb fb fb fb

RIF 2025, ruang inspirasi penyanyi dan peminat

Juicy Luicy

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Peminat muzik di Malaysia bakal menikmati konsert menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang bakal menemui peminat muzik Malaysia, pada 17 Ogos depan di Mega Star Arena, ibu negara.

Konsert itu menampilkan gabungan unik antara muzik dan perkongsian kisah perjalanan dan inspirasi di sebalik karya yang dihasilkan.

Penganjur Expoindo, dalam satu kenyataan memaklumkan, ruang itu sangat istimewa ia bukan sekadar hiburan semata-mata, malah memberikan inspirasi kepada peminat.

"Nama ‘Ruang Inspirasi’ lahir daripada hasrat untuk menyediakan satu ruang di mana muzik bukan sahaja menghibur, tetapi juga menyentuh jiwa dan memberi inspirasi," menurut kenyataan itu.

Bagi edisi kali ini, kumpulan pop alternatif popular dari Indonesia, Juicy Luicy, dipilih sebagai artis utama.

"Lagu-lagu mereka bukan sahaja dekat dengan pengalaman hidup pendengar, malah sarat dengan mesej emosi yang kuat. Disebabkan itu mereka dipilih sebagai tumpuan utama RIF tahun ini.

"Kami mahu penonton rasa lebih rapat dengan artis — bukan sekadar menonton dari jauh. Ada ruang perkongsian dan cerita, menjadikan setiap momen lebih peribadi dan bermakna," tambah kenyataan itu.

Acara berkenaan turut dicadang untuk meluaskan RIF bandar-bandar utama lain di Malaysia sebagai platform serantau yang menghubungkan artis dari Indonesia dan Malaysia, selain memperkukuh semangat komuniti melalui muzik.

Tiket mula dijual pada 3 Julai secara dalam talian dan harga bermula RM150 hingga RM528.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI