fb fb fb fb fb

Real Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara Eropah


(Karim Benzema meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA antara Real Madrid CF dan Chelsea FC /AFP)

MADRID, 13 April - Gol jaringan Rodrygo pada minit ke-80 dan Karim Benzema minit ke-6 masa tambahan membolehkan Real Madrid menewaskan Chelsea dengan agregat 5-4, sekali gus melangkah ke separuh akhir Liga Juara Eropah.

(Rodrygo meraikan perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA antara Real Madrid CF dan Chelsea FC di stadium Santiago Bernabeu di Madrid/AFP)

Terdahulu, Chelsea memadam pendahuluan 3-1 Real daripada perlawanan pertama menerusi jaringan Mason Mount, Antonio Rudiger dan Timo Werner pada minit ke-15, ke-51 dan ke-71 untuk mendahului 3-0.


The Blues bagaimanapun tidak bernasib baik apabila gol yang dijaringkan oleh Marcos Alonso pada minit ke-61 dibatalkan selepas semakan VAR.

“Ia adalah satu lagi malam yang luar biasa, satu kekalahan yang manis.

"Kami tidak berputus asa sehingga ke penghujungnya. Walaupun ketinggalan 0-3 pada satu ketika, saya tidak fikir kami bermain dengan buruk. Satu lagi malam penderitaan, tetapi yang penting kami layak,” kata ketua pasukan Real, Luca Modric.

Dalam saingan separuh akhir nanti, Real akan berhadapan sama ada Manchester City atau Atletico Madrid. -AFP.

 

Media Baharu