MONTE CARLO, 13 April - Novak Djokovic berkata dia keletihan ketika tewas dalam perlawanan pembukaan Monte Carlo Masters, kejohanan kedua tahun ini berikutan keengganannya untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Pemain nombor satu dunia itu tumbang 3-6, 7-6 (7/5), 1-6 kepada pemain Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina yang berada di ranking ke-46 dalam saingan pusingan kedua.
(Novak Djokovic melambai ketika dia meninggalkan gelanggang selepas tewas menentang pemain Sepanyol Alejandro Davidovich Fokina semasa perlawanan tenis kejohanan Siri Masters ATP Monte-Carlo di Monaco pada 12 April 2022/AFP)
"Saya tidak boleh benar-benar kekal dalam rali bersamanya. Jika anda tidak boleh kekal dalam rali, tidak merasakan kaki anda di atas tanah liat, ia adalah misi mustahil," kata Djokovic.
Satu-satunya penampilan lain bintang Serbia itu pada 2022 adalah di Dubai pada bulan Februari yang menyaksikannya bermain hanya tiga perlawanan.
Djokovic mengakui ketidakhadirannya dalam kebanyakan kejohanan adalah sukar dari segi mental dan emosi.
Davidovich Fokina tewas kedua-dua pertemuan sebelum ini kepada Djokovic. -AFP