fb fb fb fb fb

“Puteh Pasir Mantanani”, telefilem RTM sempena Hari Malaysia

(Poster “Puteh Pasir Mantanani”)

KUALA LUMPUR, 8 September – Mengangkat tajuk “Puteh Pasir Mantanani”, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Drama TV menerbitkan sebuah telemovie khas sempena sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September ini.

Bersiaran mengisi slot Panggung RTM, pukul 9.00 malam di TV1, telemovie arahan Erfan Zainialdin ini membariskan pelakon utama yang diterajui oleh Zarra Zhaf sebagai Puteh.

Telemovie yang menjalani penggambaran di Pulau Mantanani di Kota Belud, Sabah ini mengisahkan tentang dua adik beradik perempuan yang saling mengasihi antara satu sama lain namun berbeza tahap pendidikan.

Puteh yang dikatakan lembab dalam pelajaran dan  sering diabaikan oleh keluarganya.

Namun kehadiran seorang guru baharu, Cikgu Azam di sekolah itu menghadirkan sinar baru dalam hidup kanak-kanak itu.

Cikgu Azam menyedari bakat terpendam anak muridnya itu dan dia cuba menggilap bakat dalam sukan lumba lari yang dimiliki oleh Puteh.

Mampukah Cikgu Azam mengasah bakat Puteh hingga berjaya?

Saksikan kesudahan hasil usaha Cikgu Azam hingga berjaya mengubah nasib Puteh dan keluarganya dalam “Puteh Pasir Mantanani” khas Hari Malaysia ini di TV1.

Bagi anda yang terlepas untuk menonton rancangan di TV1, anda berpeluang menontonnya menerusi RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).


(FOTO HIASAN)

Media Baharu