KUALA LUMPUR, 11 September - Battle of Time Exists X Masdo telah mencetuskan gelombang kugiran dua era yang membangkitkan nostalgia selain kembali ke masa lalu menerusi lagu-lagu malar segar yang pernah dihasilkan oleh pengkarya hebat tempatan.
Pemilihan nama Battle of Time memberi indikasi transisi masa pernah dilalui seperti Exists yang turut mempengaruhi perjalanan pemuzik-pemuzik generasi kini seperti Masdo.
"Apabila kedua-dua nama besar yang telah mencetak kejayaan dan dipuja hingga ke Indonesia ini bergabung di atas sebuah panggung, maka pengalaman yang akan dinikmati penonton adalah sesuatu yang tidak hanya bersifat hiburan ‘kosong’ sebaliknya akan dipenuhi dengan pengetahuan tambahan tentang hebatnya pengkarya lokal," menurut penganjur Battle of Time Exists X Masdo.
Persembahan itu telah diadakan semalam di Dewan Merdeka, WTCKL pukul 8.00 malam.
"Seperti yang semua sedia maklum Exists adalah sebuah kugiran legenda yang karya mereka telah didengar daripada generasi Millenial kepada generasi Alpha.
"Lagu-lagu Exists dari Oh Ibu hingga Julia malah Langkah Seiringin yang telah dihasilkan lebih sedekad lalu kini menjadi trending di Tik Tok.
"Ini semua menjadi bukti karya Exists tidak mati ditelan zaman dan terus relevan meski era bertukar. Maka itu menjadi sebab utama kami selaku penganjur dengan bangga membawa Exists ke dalamBattle of Time Exists X Masdo.
"Sementara buat Masdo pula tidak dapat disangkal lagi betapa aura muzik yang mereka bawakan telah menimbulkan fenomena dan gelombang tersendiri dalam kalangan penggemar muzik Nusantara.
"Lantas pemilihan Exist dan Masdo menerusi Battle of Time Exists X Masdo adalah perkahwinan era muzik lama dan baharu yang dibawa lalu disegarkan untuk diperdengarkan,” ujar Dewi dari Dennsa selaku penganjur.
"Sebagai kugiran baharu MASDO teruja berkongsi pentas bersama-sama Eexists yang lagu-lagu mereka selalu menjadi siulan kami di waktu remaja.
"Dengan genre muzik yang sedikit berbeza tetapi tema Battle of Time yang dipilih signifikan bersama-sama Masdo yang pekat aliran pop 60-an,” ujar Putu Ceri daripada Masdo.