fb fb fb fb fb

Akon The Superfan Tour in Malaysia, 19 November ini

Akon

KUALA LUMPUR, 11 September - Jeeharris Entertainment akan membawakan bintang antarabangsa dari Amerika Syarikat, Akon menerusi Akon The Superfan Tour Live in Malaysia dan Singapore pada November depan.

Akon The Superfan Tour in Malaysia bakal berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 19 November ini dan Akon The Superfan Tour in Singapore pada 20 November bertempat di Arena @ Expo Hall 7 Singapura.

"Sebenarnya, perancangan untuk membawa Akon sejak Disember tahun lalu dan membawa ke awal tahun ini. Jadi, ia mengambil masa tujuh hingga lapan bulan untuk memuktamadkan dengan ejen tempahan saya dan pengurusan Akon.

"Alhamdulillah, ini adalah satu kejutan yang besar dan benar-benar, rezeki saya, "kata Harris Baba dalam satu kenyataan.

Menurut Harris sebelum di Malaysia dan Singapura, difahamkan Akon dijadualkan membuat persembahan di beberapa negara Asia yang lain.

"Ini adalah sangat istimewa untuk syarikat saya yang bermula di Sabah, bukan di Kuala Lumpur," katanya.

Akon merupakan penyanyi unik dan mempunyai kekuatan tersendiri serta mempunyai peminat besar di Malaysia dan Singapura.

Selain itu, menurut Harris penganjuran konsert Akon turut mendapat kerjasama daripada stesen radio dan portal hiburan tempatan.

Dalam perkembangan lain, Harris berkata dia merancang untuk membawa dan menganjurkan lebih banyak konsert hebat artis ternama di Malaysia dan Singapura.

"Setakat ini, satu-satunya artis antarabangsa yang saya bawa ialah Akon. Artis lain yang saya sudah berhubung dengan pihak pengurusan mereka dan saya akan menjanjikan senarai artis antarabangsa terbaik yang akan mengadakan persembahan hingga tahun 2025," katannya lagi.

Dalam pada itu, penjualan tiket konsert Akon di kedua-dua lokasi mula dibuka secara prajualan bermula 18 September bagi pra pendaftaran, 19 pra pendaftaran jualan dan 20 September untuk jualan keseluruhan.

Tiket Akon Live in Malaysia boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com dan Akon Live in Singapore di www.sistic.com.sg

TETITIA YUSOFF