KUCHING, 12 Ogos – Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak kehilangan seorang penyampai radio etnik WAIfm Bidayuh, Geogina Clare Nyotis, yang meninggal dunia pada usia 45 tahun, pagi tadi.
Pengurus WAIfm, Monica Midi, memaklumkan berita sedih itu selepas menerima makluman daripada Pengelola WAIfm Bidayuh, Martina Naun, yang dihubungi oleh suami mendiang.
“Difahamkan, mendiang pengsan di rumahnya di Kampung Opar, Bau sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.50 pagi,” katanya kepada RTM hari ini.
Geogina mula menyertai RTM pada tahun 2011 dan dikenali sebagai penyampai yang mesra serta dekat di hati pendengar.
Mendiang meninggalkan suami dan tiga orang anak.