fb fb fb fb fb

Paris Hilton di KL pada 13 September depan

(Hantaran 'X' Paris Hilton)

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Selepas kali terakhir, selebriti terkenal Paris Hilton berkunjung ke Malaysia pada 2015, pelantun lagu Stars Are Blind itu akan kembali lagi ke negara ini, September depan.

Menerusi satu hantaran di laman X, Hilton berkata dia tidak sabar untuk menemui peminatnya di negara ini dan akan menghadiri majlis pelancaran minyak wangi keluaran terbarunya pada 13 September.

"Hai Malaysia. Tidak sabar bertemu dengan anda pada 13 September ini untuk pelancaran minyak wangi saya pada pukul 4 petang," katanya.

Majlis pelancaran itu akan diadakan di pusat beli belah terkemuka di ibu negara, namun butiran lanjut sama ada sesi khas bertemu dengan peminat akan diadakan atau sebaliknya masih belum dapat dipastikan.

Hilton, pertama kali ke Malaysia lapan tahun lalu atas undangan mengadakan persembahan di Empire City, Damansara Perdana bersama kumpulan K-Pop, 2AM.

Sudah berumah tangga sejak 2021, Hilton kini tidak lagi aktif dalam bidang seni namun lebih fokus kepada perniagaannya.

Jutawan waris rangkaian hotel terkemuka dunia itu baru-baru ini mengumumkan kelahiran anak sulungnya melalui kaedah ibu tumpang.

Hilton menamakan anak lelakinya itu, Phoenix.


(Paris Hilton)

Media Baharu