fb fb fb fb fb

'Oppenheimer' dominasi BAFTA

Barisan pelakon 'Oppenhiemer' / Foto Reuters

LONDON, 19 Februari - Filem Oppenheimer, arahan Christopher Nolan menyapu bersih anugerah yang dipertandingkan pada majlis yang diadakan pada Ahad sekali gus memberi bayangan menjelang anugerah Oscar bulan depan.

Oppenheimer memperoleh tujuh anugerah termasuk filem terbaik, pengarah terbaik yang dimenangi oleh Nolan.

Manakala Cillian Murphy yang memegang watak J. Robert Oppenheimer, ahli fizik teori Amerika Syarikat (AS) memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Sementara Pelakon Pembantu Terbaik disandang oleh Robert Downey Jr.

Anugerah BAFTA merupakan anugerah pertama yang dimenangi Murphy dan ketika penganugerahan, pelakon berkenaan memberikan penghargaan kepada Nolan kerana memberikannya peluang bagi terlibat dalam filem tersebut.

"Terima kasih kepada Nolan, kerana "melihat sesuatu dalam diri saya.

"Saya mungkin tidak melihat diri saya", kata Murphy ketika menerima anugerah berkenaan pada majlis di Dewan Festival Diraja London.

Meskipun mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan dengan menghasilkan filem seperti "Inception" dan "The Dark Knight", Nolan tidak pernah memenangi pengarah terbaik BAFTA sebelum ini.

Filem Oppenheimer telah memperoleh kutipan lebih daripada AS$1 bilion, sebelum ini telah menang besar di Golden Globes dan Anugerah Pilihan Pengkritik dan kini menjadi pilihan bagi memenangi Oscar.- AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD