fb fb fb fb fb

ONEUS temui peminat di Malaysia Mei ini

Kumpulan lelaki K-Pop sensasi, ONEUS

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Kumpulan lelaki K-Pop sensasi, ONEUS bakal mengadakan konsert sulung di Malaysia sempena Jelajah Dunia Ke-2 ONEUS 2024 'La Dolce Vita' pada 4 Mei depan.

Menurut kenyataan medianya, konsert 'boy band' dari Korea Selatan itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, bermula pukul 6.00 petang.

ONEUS yang dianggotai oleh Seoho, Leedo, Keonhee, Hwanwoong dan Xion, amat popular di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjaya pada tahun 2019 di bawah label RBW.

"Valkyrie, LIT, No diggity, Same Scent dan LUNA antara lagu-lagu popular, yang telah berjaya menembusi carta muzik di pelbagai negara."

"Lagu-lagu dendangan ONEUS berjaya menduduki carta teratas termasuk satu album studio dan 10 album mini yang menampilkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan Sepanyol," kata kenyataan itu.

ONEUS sebelum ini telah mengadakan beberapa siri jelajahnya termasuk ke Jepun, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Tiket konsert akan mula dijual seawal 19 Mac depan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM