KUALA LUMPUR, 9 November- Festival One Love Music menjanjikan muzik 12 jam tanpa henti yang menampilkan persembahan daripada 12 artis ikonik, termasuk artis dari Malaysia dan Indonesia.
Persembahan utama adalah daripada kumpulan popular seperti Kugiran Masdo, Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, dan kumpulan Gerhana Ska Cinta.
Festival ini juga akan menampilkan persembahan daripada Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL Muhammad Zul Aqil, festival berkenaan merupakan medium yang memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX oleh AirAsia MOVE Hassan Choudhury berkata, acara ini menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa luar biasa.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian pada harga RM55 hingga RM450.
Festival berkenaan akan berlangsung pada 21 Disember 2024 di Dewan A, MAEPS Serdang.