CARDIFF, 5 Julai - Kumpulan rock terkenal Britain, Oasis, kembali bersatu selepas 16 tahun berpecah dalam satu konsert di sini semalam.
Kemunculan semula adik-beradik Gallagher itu dengan mempersembahkan set penuh lagu-lagu hit, sekali gus menamatkan persengketaan mereka.
Oasis memulakan persembahan dengan lagu "Hello" - Foto Big Brother Recordings
Kumpulan dari Manchester ini pernah menjadi ikon "Britpop", sebelum ketegangan antara Noel Gallagher, dan adiknya yang juga vokalis utama, Liam Gallagher, membawa kepada perpecahan kumpulan tersebut.
Mereka melangkah ke pentas di Stadium Principality dihadapan 74,500 penonton dan memulakan persembahan dengan lagu “Hello”.
Penonton turut dihiburkan dengan lagu-lagu hit daripada album "What’s the Story, Morning Glory?" - Foto Big Brother Recordings
Penonton turut dibawa mengimbau kenangan dan menyanyikan bersama lagu-lagu popular seperti "Cigarettes & Alcohol," "Supersonic" serta "Roll With It."
Oasis menutup persembahan dengan lagu "Don't Look Back in Anger," "Wonderwall" dan "Champagne Supernova", semuanya dari album kedua mereka, "What’s the Story, Morning Glory?", album paling laris di Britain pada era 1990-an. - REUTERS