KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Penyanyi dan komposer muda berbakat, Nadhif Basalamah, bakal menemui peminat di ibu negara pada 11 September depan menerusi menerusi Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur.
Penganjur bersama Banyak Bagus Entertainment, Liaw Sun berkata, peminatnya akan dihiburkan karya balada dan vokal enaknya menerusi lagu-lagu baharu termasuk Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya.
"Nadhif Basalamah – Menjaga Hati Asia Tour 2025, After School dan Banyak Bagus Entertainment dengan bangga membawa penyanyi yang namanya sedang hangat ini untuk singgah di Kuala Lumpur.
"Selain Singapura dan Kota Kinabalu, Sabah, Nadhif juga tidak sabar untuk bertemu peminatnya di Kuala Lumpur pada 11 September ini. Jangan terlepas peluang mendengar vokal emas Nadhif Basalamah menerusi lagu-lagu hitnya di Nadhif Basalamah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur," katanya.
Penjualan tiket telah dibuka secara dalam talian pada harga RM138 hingg RM555 dengan jumlah terhad.