fb fb fb fb fb

MWA! hadiah buat peminat DOLLA

DOLLA

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Kumpulan pop Malaysia, DOLLA kembali dengan lagu baharu bertajuk "MWA!".

MWA! digubah oleh Chelsea Warner, GASTON, Roland Lim Shi Jie, Tabby, Sabronzo, dan Angel; serta diterbit dan disusun oleh GASTON dan Roland Lim.

Menurut Angel, proses rakaman lagu berkenaan di studio berjalan lancar.

"Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama semula dengan pasukan ini untuk produksi DOLLA.

"Sesi studio bersama Gaston sangat lancar, kami banyak bereksperimen dengan pelbagai bunyi dan struktur serta proses kreatif yang sangat menyeronokkan," katanya.

Angel turut memuji Chelsea Warner banyak memberikan banyak idea segar untuk melodi utama.

"Lebih istimewa, semua ahli DOLLA kali ini terlibat secara terperinci dalam pembentukan lagu ini. Ia sesuatu yang baharu dan sangat bermakna bagi kami," katanya lagi.

Sementara itu video muzik MWA! diarahkan oleh pengarah tempatan terkenal, Jasmine Wong.

Muzik video MWA! menggabungkan elemen drama, aksi dan gaya fesyen berani, selain membawa naratif baharu untuk kumpulan DOLLA.

Menurut Sabronzo, lagu berkenaan hanya menampilkan idea asas, tidak bermula dengan demo lengkap serta dihasilkan secara berperingkat.

"MWA! “hanyalah permulaan. Kami anggap tahun ini sebagai ‘tahun lagu DOLLA’ kerana banyak lagi lagu akan dilancarkan.

"Kami tak sabar untuk membawanya ke pentas dan berharap ia dapat menarik lebih ramai pendengar kerana lagu ini sangat segar dan berbeza," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI