fb fb fb fb fb

Misi balas dendam KL City punah, tewas di tangan JDT

(JDT menewas Kuala Lumpur City FC 3-0/FB Johor Southern Tigers)

KUALA LUMPUR, 7 April - Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-0.

Skuad Harimau Selatan yang bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras mendahului pada minit ke-18 menerusi jaringan Fernando Frontieri, menjadikan kedudukan kekal 1-0 hingga tamat babak pertama perlawanan.

(JDT menewaskan KL City FC 3-0, malam tadi/FB Johor Southern Tigers)

Beralih babak kedua, skuad City Boys yang buntu tanpa jaringan dihukum bermain dengan hanya 10 pemain selepas D Kenny Pallraj dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Leandro Velazquez.

JDT memperoleh gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson da Silva pada minit ke-81 sebelum Bergson menjaringkan gol ketiga pada masa tambahan.

Sementara itu, satu lagi aksi Liga Super berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pasukan tuan rumah, Petaling Jaya City FC meraih mata penuh selepas mengecewakan Terengganu FC 3-0.

Daren Lok muncul penjaring berbisa buat PJ City selepas menjaringkan hatrik pada minit ke-12, minit ke-31 dan minit ke-38 untuk selesa mendominasi permainan.

Di Kedah, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri dengan menewaskan Sri Pahang FC 1-0 dalam aksi di Stadium Darul Aman, Alor Star.

Jaringan tunggal KDA FC dihasilkan bek tengah, Rodney Celvin Akwensivie pada minit ke-55.

Media Baharu