fb fb fb fb fb

Menteri ajak tonton filem "Anwar: The Untold Story"

KUALA LUMPUR, 9 Mei - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengajak orang ramai ke panggung wayang untuk menonton filem biopik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, “Anwar: The Untold Story” yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini.

Fahmi menerusi cacatan Facebook meluahkan rasa sebaknya selepas melihat perjalanan hidup Anwar yang dipertontonkan dalam filem tersebut.

“Melihat semula perjalanan penuh liku Datuk Seri Anwar dimainkan membuatkan kami semua sebak, apatah lagi ahli keluarga beliau yang menonton.

“Saya sarankan rakan-rakan untuk turun ke pawagam pada 18 Mei ini untuk saksikan tayangan hari pertama filem ini,” katanya yang menonton tayangan perdana filem berkenaan semalam.

“Anwar: The Untold Story” filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi dibintangi Farid Kamil Zahari yang memegang watak sebagai Anwar.

(Perdana Menteri dan isteri turut menyaksikan filem Anwar:
The Untold malam tadi/FOTO Anwar Ibrahim)


Manakala aktres Indonesia, Acha Septriasa membawa watak isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Filem berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 menceritakan mengenai perjalanan hidup Datauk Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

Filem yang menelan kos RM10 juta itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini.

Media Baharu