MANCHESTER, 11 April- Manchester City berjaya mengekalkan kelebihan satu mata di kemuncak Liga Perdana Inggeris selepas seri 2-2 menentang Liverpool di Stadium Etihad.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu mendahului permainan menerusi Kevin De Bruyne dan Gabriel Jesus.
Bagaimanapun, Liverpool bangkit menyamakan kedudukan menerusi Diogo Jota dan Sadio Mane.
City kini kekal mendahului EPL dengan 74 mata, satu mata mengatasi Liverpool, sekali gus berpeluang merangkul kejuaraan keempat dalam tempoh lima musim.
(FOTO REUTERS)
Bagaimanapun, De Bruyne tetap merasakan pasukannya masih belum boleh mengimpikan gelaran juara Liga Perdana Inggeris selepas terikat seri dengan pesaing tunggal itu.
"Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol di babak pertama, malah pada babak kedua kami bermula dengan perlahan. Namun, secara keseluruhannya ia merupakan perlawanan yang hebat," kata De Bruyne. - AFP