fb fb fb fb fb

Majid Mohd Noor, juara Karaoke Sumbang ke Bimbang Selangorfm

Juara Karaoke Sumbang ke Bimbang Selangorfm, Majid Mohd Noor (paling kiri) menerima trofi dan cek cura yang disampaikan ADUN Sentosa Dr Gunaraj George

KLANG, 15 Februari- Lagu nyayian asal Febian bertajuk Rumie dan Julie membawa tuah kepada Majid Mohd Noor apabila dinobatkan sebagai Juara bagi Program Kumuncak Karaoke Sumbang Ke Bimbang Selangorfm.

Menerusi kemenangan itu, beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai dua ribu ringgit, piala, sijil dan hadiah iringan yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George.

"Saya tidak pernah belajar daripada guru vokal, saya belajar menerusi lagu itu sendiri  dan lihat bagaimana orang lain menyanyikannya, kebanyakan daripada lagu itu saya jadikannya lagu saya sendiri," kata Majid.

Program yang mendapat kerjasama dengan Aeon Mall Bukit Raja Klang itu bertujuan mengeratkan hubungan antara stesen radio Selangor FM dan pendengar setianya, selain memberi platform kepada bakat tempatan untuk diketengahkan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE