fb fb fb fb fb

Konsert 'Here I Am' Rossa: Imbauan dua dekad perjalanan seni

Poster konsert "Here I Am" Rossa pada 14 Jun depan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa bakal mengadakan konsert terbesar dalam kerjayanya, "Here I Am" di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun depan.

Konsert yang mampu menampung 12,000 penonton itu menjanjikan pelbagai kejutan istimewa buat peminat setianya.

Rossa akan mempersembahkan 27 lagu popular dalam lima hingga enam segmen berbeza termasuk segmen khas untuk runut bunyi dan lagu-lagu beremosi.

"Banyak perkara baharu yang belum pernah saya lakukan dalam konsert sebelum ini," katanya dalam satu sidang secara maya bersama media Malaysia baru-baru ini.

Menurut Rossa, pemilihan judul "Here I Am" melambangkan perjalanan peribadi dan kerjayanya sepanjang lebih dua dekad dalam industri muzik.

"Ia satu pernyataan diri tentang jatuh bangun saya, bukan sahaja dalam karier tetapi juga kehidupan. Saya percaya mesej ini boleh dikaitkan dengan pengalaman ramai orang," katanya.

Konsert "Here I Am" dijangka menjadi momen istimewa bagi peminat yang mengikuti perjalanan seni Rossa sejak awal kemunculannya.

Penyanyi berusia 46 tahun itu dijangka turut mengadakan konsert bertajuk sama di Indonesia dan Singapura pada tahun ini.

Tiket akan dijual bermula 10 pagi Jumaat (14 Februari) ini dengan harga RM228 hingga RM788 (tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran) di laman web ticket2u, manakala tiket korporat boleh didapati dengan menghubungi Puan Cik Rohaiza di talian 019-288 9764 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

1602 HKLIK PC ROSSA HERE I AM 2
Rossa pada satu sidang secara maya bersama media Malaysia baru-baru ini/RTM

SITI AISHAH MD ISA