fb fb fb fb fb

Maher Zain kembali ke Asia Tenggara

Maher Zain

PETALING JAYA, 12 Jun - Penyanyi antarabangsa Maher Zain akan kembali ke Asia Tenggara dengan siri konsert selepas kali terakhir enam tahun lalu.

Beliau yang popular dengan lagu kerohanian bakal mengadakan Konsert Jelajah Asia Tenggara di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 Ogos depan.

Selain Kuala Lumpur, Maher akan menjelajah ke The Star Theatre, Singapura pada 21 Ogos dan Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu pada 23 Ogos.

Dalam satu sidang media secara dalam talian yang diadakan secara langsung dari Turkiye Maher Zain menyatakan penghargaan terhadap sokongan berterusan peminat di rantau ini.

"Sokongan dari Malaysia dan Singapura sentiasa istimewa. Jelajah ini adalah cara saya untuk mengucapkan terima kasih dan berhubung semula dengan mereka yang telah menyokong saya sejak awal lagi," katanya.

Beliau juga dijangkakan akan mendedikasikan empat lagu sebagai memperingati rakyat Palestin pada konsert kali ini.

TETITIA YUSOFF