fb fb fb fb fb

Keluar ICU, Nora bersyukur diberi peluang kedua

Nora Ariffin

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Penyanyi, Datuk Nora Ariffin bersyukur diberi peluang kedua selepas bertarung nyawa selama 11 hari dirawat di sebuah hospital.

Nora yang awalnya hanya mengalami demam dipindah ke unit rawatan rapi (ICU) apabila berlaku kesilapan teknikal di hospital yang menyebabkan paru-parunya dipenuhi air.

"Sebenarnya dimasukkan ke hospital kerana demam, mula-mula suspek denggi, selepas itu bukan denggi. Tiba-tiba satu malam tu sesak nafas, tak boleh bernafas.

"(Kemudian) doktor diagnosis saya serangan jantung kecil, tetapi (sebenarnya) bukan sebab masalah jantung atau paru paru. Tetapi sebab over drip, jadi mungkin di paru-paru saya tu terlalu banyak air, ia macam lemas, jadi menyebabkan macam terkena asma.

"Macam mati hidup semula. Bila dalam ICU, macam-macam boleh berlaku. (Namun) Alhamdullilah dengan kepakaran yang diberikan doktor-doktor pakar, saya kembali sihat," katanya ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Pes Kerutuk dan Pes Serbaguna Secukup Rasa by Nora.

Nora menerima rawatan selama lapan hari di wad biasa dan tiga hari lagi di ICU dan kini masih mengambil ubat seperti saranan doktor untuk kembali pulih sepenuhnya.

Sementara itu, dia yang semakin aktif dalam bidang perniagaan berhasrat mahu meluaskan pasaran produknya ke peringkat antarabangsa.

"Dah umur 50 tahun ini, kena chill, kena ada aktiviti, tidak boleh duduk saja. Sebenarnya saya kena ada sesuatu yang saya nak buat, barulah sentiasa aktif," tambahnya lagi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA