fb fb fb fb fb

Maria Arshad beri reaksi positif selepas tidak sedarkan diri

Foto IG Shiera Al-Khaired

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Pelakon veteran popular era 80-an, Datin Maria Arshad dilaporkan memberi reaksi positif hari ini selepas tidak sedarkan diri semalam dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Menurut menantunya, Sharifah Shahirah (Shiera) yang merupakan pelakon, pengacara dan penyampai radio, ibu mentuanya itu memberi reaksi positif dengan senyuman.

"Maria dah senyum, yang penting doa semua orang. Alhamdulilah," katanya menerusi Instagram.

Shiera berterima kasih kepada semua pihak yang terus berdoa untuk kesihatan ibu mentuanya.

Tambahnya, doktor masih belum mengetahui punca sebenar masalah kesihatan yang dialami Maria.

Terdahulu, Maria dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta selepas mengalami kekejangan badan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM