fb fb fb fb fb

Liza Hanim adakan konsert, lebih 30 lagu dinyanyikan

Foto FB Liza Hanim

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Konsert 'Liza Hanim Twenty Seven Years Journey In Concert' diadakan di Bukit Bintang, Zepp Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Liza berjaya menghiburkan peminat dengan lebih 30 buah lagu, meskipun beliau sedang berdepan dengan masalah kesihatan.

Penyanyi berkenaan turut menampilkan segmen khas penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma menerusi lagu Jeritan Batinku, Dimanakan Ku Cari Ganti dan Istana Cinta.

Lebih istimewa, Liza turut bergandingan dengan anaknya, Marsya Qistina melalui konsert terbabit.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM