fb fb fb fb fb

Bintang RTM 2024: Azumi tersingkir minggu ke-5

Mohd Azumi Shazani tersingkir pada minggu ke-5/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Minggu ke-5 Konsert Bintang RTM 2024, menyaksikan seorang lagi peserta tersingkir iaitu Mohd Azumi Shazani.

Azumi, mendapat markah terendah daripada sembilan peserta malam ini.

Menurut Juri Tetap, Datuk Shafinaz Selamat, susunan lagu dibawa kali ini, tidak bersesuaian dengan vokal Azumi.

Sementara itu, Datuk Syafinaz turut memuji persembahan yang telah diberikan kesemua peserta Bintang RTM.

Bagaimanapun, menjadi adat pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

Bintang RTM 2024 bersiaran setiap Sabtu, pukul 9.00 malam disiarkan secara langsung menerusi TV2.

ROSLINA BINTI DIN