fb fb fb fb fb

'Lebih Dekat', program terbaharu di RTMKlik

Episod sulung 'Lebih Dekat' disiarkan pada 3 Jun lalu

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2024- Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Bahagian Berita Ehwal Semasa (BES) menerbitkan sebuah program terbaharu, 'Lebih Dekat' dengan episod permulaannya pada 3 Jun lalu.

Kandungan terbaharu yang hanya disiarkan di rtmklik.rtm.gov.my itu secara asasnya membawa penonton mendekati iltizam dan memahami pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mereformasikan negara ke arah pembentukan Malaysia baharu lebih progresif dan mampan selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada Disember 2022.

Menerusi satu kenyataan RTM memaklumkan, program berkenaan akan bersiaran setiap hari Isnin, minggu pertama setiap bulan.

"Episod pengenalan mengupas tajuk 'Perlu Jadi Miskin Untuk Faham Orang Miskin?' memaparkan sisi sebenar perjuangan Datuk Seri Anwar membela golongan miskin sejak beliau bergelar mahasiswa hingga menjadi Perdana Menteri.

"Siri ini juga akan mengupas pendekatan Perdana Menteri dalam menyantuni pelbagai isu semasa antaranya terkait ekonomi, hubungan antarabangsa, agama, antirasuah, perpaduan dan pendidikan,"menurut kenyataan tersebut.

Rancangan, dikemudi oleh lima wartawan RTM iaitu Andy Reza Rohadian, Faris Izzat Shaharuddin, Vimala Kasturi Verasamy, Farhana Azwanee Ismail dan Syamimi Syahira Saripan secara bergilir.

TONTON EPISOD PENGENALAN
https://rtmklik.rtm.gov.my/play/news/lebihdekat00002/lebihdekatep100001

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE