fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 peminat hadir konsert Repvblik Band

(Foto Ruri Repvblik)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Repvblik Band berjaya memikat peminatnya dalam 'Konsert Repvblik 19th Anniversary Live in Kuala Lumpur' Jumaat lalu bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.

Seramai 1,700 peminat hadir berkumpul meraikan kehadiran ulang tahun band dari Indonesia itu.

Repvblik yang dianggotai Ruri, Tyar, Eii, dan Lavy turut berkongsi rasa teruja mereka dapat kembali ke Kuala Lumpur dan tampil membuat persembahan di hadapan peminat.

Konsert selama satu jam setengah itu menyaksikan Repvblik mempersembahkan lagu-lagu popular mereka antaranya Hanya Ingin Kau Tahu, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.

Repvblik turut mempersembahkan lagu popular Malaysia iaitu Mengintai Dari Tirai Kamar yang dipopularkan kumpulan Exist.


(Foto Ruri Repvblik)

Media Baharu