(Foto Eida Daud Johari)
KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Lebih 40 tahun dalam industri lakonan, pelakon Normah Damanhuri berasa bersyukur dengan penglibatannya dalam industri.
Kontroversi anaknya sering diperkatakan, namun beliau bersyukur kerana kerana tidak lagi perlu mengejar peluang untuk berlakon kerana rezeki anak-anak dikongsi bersama.
Menurut Normah, anak-anak sentiasa ada untuk membantu dirinya.
"Alhamdulilah ini semua rezeki, rezeki dah diatur begitu. Saya bersyukur dengan kehidupan ini. Anak-anak sentiasa membantu, jadi sekarang ini saya mahu kehidupan yang tenang-tenang, nak gembira dengan cucu-cucu. Jika ada tawaran untuk bekerja, saya tidak akan menolak," katanya kepada pemberita di sini.
Ditanya mengenai pengalaman di Tanah Suci, beliau berkata sepanjang 45 hari di Tanah Suci, beliau diberi kesihatan yang sihat sehingga ke hari ini.
Setelah kembali daripada menunaikan ibadah haji, Normah menerima tawaran berlakon filem yang akan bermula penggambarannya bermula bulan Ogos hingga Oktober ini.
(Menurut Normah, anak-anak sentiasa ada untuk membantu dirinya)