KUALA LUMPUR, 15 Mei- Latihan Pestapora Malaysia pertama bakal menyaksikan kemunculan barisan artis dari seberang antaranya Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas yang akan membuat persembahan pada 26 Julai depan.
Tidak ketinggalan barisan artis tanah air seperti Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, dan Salammusik yang turut memeriahkan acara.
Festival berkenaan menjanjikan kepelbagaian genre termasuk pop, rock, alternatif, hip-hop dan indie sekali gus menawarkan pengalaman muzik serumpun untuk para peminat tempatan.
Sebelum ini lebih 2,000 tiket terjual meskipun tanpa susunan lagu yang membawakan pengalaman muzik, seni, komuniti dan gabungan budaya dalam satu festival.
Latihan Pestapora memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan kolaborasi budaya Nusantara yang diraikan menerusi irama dan melodi.
Harga tiket festival berkenaan akan dijual secara dalam talian dan ia akan dijual pada harga RM129 (General Admission), RM199 (Rockzone), RM70 (kanak-kanak) dan tambahan RM100 untuk akses laluan ekspres.