fb fb fb fb fb

Konsert Nidji 2.3: 10,000 tiket terjual

 KUALA LUMPUR, 2 Februari – Hampir 10,000 tiket telah terjual bagi konsert Nidji 2.3: The New Chapter yang bakal berlangsung esok di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert julung kali ini dijangka mengubat rindu peminat setia mereka di Malaysia selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik.

Menurut wakil kumpulan itu, mereka telah menyediakan segmen khas buat peminat di Malaysia sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang berterusan.

"Kami akan berikan segmen istimewa untuk teman-teman di Malaysia. Semoga semua yang hadir pulang dengan kenangan indah serta pengalaman yang luar biasa," katanya ketika ditemui dalam sesi Meet & Greet di ibu negara.

Nidji yang terkenal dengan lagu-lagu inspirasi seperti "Laskar Pelangi", terus membuktikan muzik mereka masih relevan dan mampu menarik perhatian pendengar generasi baharu dengan pendekatan yang segar.

GRACE AISYAH KEDAYAN