fb fb fb fb fb

Konsert Hari Radio Sedunia 2024 di RTM Johor meriah

Selain siaran langsung di TV2, konsert berkenaan turut didengar menerusi siaran NASIONALfm dan Johorfm serta RTMKlik.

JOHOR BAHRU, 15 Februari- Kira-kira 1,000 penonton memeriahkan Konsert Hari Radio Sedunia 2024 yang berlangsung di Auditorium Permata Sari, RTM Johor malam tadi.

Konsert selama dua jam itu melibatkan persembahan artis terkemuka daripada pelbagai era dan genre muzik, bersesuaian dengan tema Seabad Menyampai Maklumat, Menghibur dan Mendidik.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman turut tampil dengan persembahan pembukaan, sebelum kemunculan pengacara bersama, Saufi Nawawi dan Dyya Nawai.

Persembahan artis dimulakan dengan The Gadys, Kudien, P Radhi, Ani Mayuni, Datuk Jeffrydin dan Sufian Suhaimi.

Segmen kedua konsert menyaksikan persembahan daripada Tam Spider dan Akim Ahmad.

Aina Abdul kemudiannya mempersembahkan sebuah lagu dan medley, sebelum Siti Nordiana menutup konsert dengan iringan tiga buah lagu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamim, Pengarah Bahagian Radio, Saifuzzaman Yusop, Timbalan Pengarah Bahagian Program Radio, Norfadzilah Hashim serta Pengarah Penyiaran Johor, Azman Hashim.

Selain siaran langsung di TV2, konsert berkenaan turut didengar menerusi siaran NASIONALfm dan Johorfm serta RTMKlik.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM